Salim Segaf Al-Jufri
Salim Segaf Al-Jufri

Salim Segaf Al-Jufri

Al-Habib Dr. H. Salim Segaf Al-Jufri (Bahasa Arab: سالم سقاف الجفري; lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 17 Julai 1954; umur 68 tahun) ialah seorang ulama Islam dari Indonesia, dan ahli politik dari Partai Keadilan Sejahtera yang pernah menjawat sebagai Menteri Sosial Indonesia dalam Kabinet Indonesia Bersatu II di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Boediono pada 22 Oktober 2009 hingga 20 Oktober 2014.[4] Terdahulu daripada itu, Salim telah dilantik sebagai Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman dari 2005 hingga 2009.[5]Dalam pada beliau berpolitik, Salim turut menggalas tugas sebagai Ketua Dewan Syariah dan Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera. Selain itu, beliau juga menjawat sebagai Pengarah Perwakilan Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) bagi Kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara dan Pengarah Pusat Rundingan Syariah.[6] Salim aktif mengajar di UIN Syarif Hidayatullah, Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Bahasa Arab (LIPIA), dan Dirasat Islamiyah Jakarta.Beliau turut terlibat dalam Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi pertubuhan tersebut bermula 8 November 2018[7]. Pada 11 September 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa[8][9] menggantikan Syeikh Dr Ahmad Al-Raysuni yang meletak jawatan[10].

Salim Segaf Al-Jufri

Lahir (1954-07-17) 17 Julai 1954 (umur 68)
Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia
Timbalan
Senarai
Pekerjaan
Didahului oleh Muhammad Maftuh Basyuni
Kerakyatan Indonesia
Alma mater Universiti Islam Madinah
Digantikan oleh Gatot Abdullah Mansyur
Pasangan Zaenab Alwi Basri
Anugerah Bintang Mahaputera Adipradana (2014)[3]
Hubungan Sayyid Idrus bin Salim Al-Jufri (datuk)
Parti politik Partai Keadilan Sejahtera
Anak-anak
  • Idrus Salim
  • Sarah Salim
  • 'Afaf Salim
  • Rihab Salim
  • Sumayyah Salim
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Salim Segaf Al-Jufri http://www.antaranews.com/berita/1255922375/profil... http://www.cnnindonesia.com/politik/20150810171435... https://koran.tempo.co/read/nasional/55389/preside... https://www.moroccoworldnews.com/2022/08/351022/ah... https://www.arrahmah.id/2018/11/08/habib-salim-seg... https://www.viva.co.id/berita/politik/99042-jadi-m... https://cdn.setneg.go.id/_multimedia/document/2020... https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/11/dewa... https://www.alquds.co.uk/%D8%B9%D9%84%D9%85%D8%A7%...